Perbincangan-CHONG HUI LIN (D20191089738)
1. Jenis Gaya Kepimpinan di sekolah
Gaya kepimpinan
dibahagikan kepada 7 jenis yang sering diamalkan oleh pemimpin dalam sesebuah organisasi
iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik, gaya
kepimpinan laissez-faire, gaya kepimpinan kontingensi, gaya kepimpinan asertif, gaya kepimpinan respontif dan gaya kepimpinan aggresif.
Gaya kepimpinan autokratik berbentuk hubungan sehala
antara pemimpin dan yang dipimpin iaitu orang yang dipimpin perlu menerima dan mempatuhi arahan dari atas. Selain itu,
Gaya kepimpinan demokratik menunjukkan seseorang pemimpin sentiasa menerima
pendapat orang lain dan keputusan akan dicapai bersama. Ini dapat mengelakkan
konflik berlaku dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, pemimpin yang
mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire dapat memberi kebebasan kepada orang
yang dipimpin dan keadaan ini akan menyebabkan kurang unsur-unsur kawalan. Seterusnya, gaya kepimpinan kontigensi merupakan penyesuaian gaya kepimpinan mengikut keperluan serta tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin. Tambahan pula, pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan asertif adalah bersifat bersungguh-sungguh dan sentiasa mengeluarkan pendapat sendiri. Peimpinan yang bersifat gaya kepimpinan respontif akan mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak. ini dapat mengelakkan konflik berlaku dalam sesebuah organisasi dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan sejahtera. Akhir sekali, pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan aggresif hanya percaya kepada diri sendiri. Oleh itu, pemimpin tersebut akan mementingkan kuasa kerana ingin mencapai kejayaan.
2. kemampuan yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin.
John Maxwell (1998)
mentakrifkan kepimpinan sebagai kemampuan seorang pemimpin mempengaruhi orang lain
dalam melakukan sesuatu. Pemimpin adalah orang yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain dalam sesebuah organisasi. Setiap pemimpin memiliki kemampuan yang tidak sama dan ini akan mempengaruhi pelbagai perkara seperti hubungan antara pemimpin dan pekerja, prestasi organisasi, kemahiran yang digunakan oleh pemimpin, cara untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam organisasi dan sebagainya.
Pertama, kemampuan yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin ialah kemampuan komunikasi. Pemimpin yang memiliki kemampuan komunikasi yang efektif lebih mampu menghindari konflik. Hal ini demikian kerana kemampuan komunikasi adalah berdasarkan perhatian, perasaan, pendapat, keinginan dan lain-lain. Ini dapat membantu pemimpin untuk merapatkan hubungan dengan pekerja dan sentiasa berfikir dengan aras tinggi. Pemimpin dapat mendengar pendapat orang lain sebelum membuat keputusan.
Selain itu, pemimpin perlu memiliki kemampuan motivasi kerana pemimpin adalah seorang pejuang tangguh. Pemimpin perlu memiliki matlamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. kemampuan motivasi dapat menggalakkan pemimpin sentiasa tetap berada pada posisi semangat tinggi dan positif untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Jika pemimpin yang putus asa di masa-masa sulit yakin akan kehilangan rasa percaya diri. kemampuan motivasi bukanlah hanya digunakan dalam diri sendiri, tetapi pemimpin juga boleh memberi motivasi pada bawahnya agar mencapai matlamat dengan cemerlang. Menurut teori kepemimpinan transformasional, pemimpin perlu mempelajari setiap kebutuhan, keinginan, dan kemampuan bawahannya. Oleh itu, pemimpin haruslah memberi motivasi dengan cara yang tepat untuk menggalakkan bawahnya melaksanakan tugasan dengan lancar.
Di samping itu, pemimpin haruslah memiliki kemampuan mengurus yang baik. seseorang pemimpin perlu merancang segala sesuatu secara matang. Semua kerja juga perlu tersusun secara sistematik dan berjalan secara lancar mengikut rencana yang sesuai. Pemimpin dapat memiliki rencana cadangan sebagai solusi untuk menggantikan rencana jika rencana gagal.
Kesimpulannya, pemimpin perlu sentiasa belajar dna meningkatkan kemampuannya kerana ini dapat memberi banyak manfaat kepada pemimpin dan organisasi. keterampilan kepemimpinan yang baik akan membantu pemimpin dan anggotanya dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai matlamat dengan cemerlang.
Rujukan:
- Roselena Mansor. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan 25 (2015): 143-154.
- Dato' Mohtar Bin Abas. (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan Awam 4(1): 1-10.
- Maxwell, J. (1998). The 21 irrefutable laws of leadership. Nelson.
没有评论:
发表评论